aku mencari cinta MU yang agung

Monday, 31 December 2012

WELCOME 2013


FIRST ENTRI 2013

Assalamualaikum.... first entri for new year 2013.... Alhamdulillah, saya masih diberi kesempatan dan peluang untuk terus untuk melihat dunia pada tahun 2013. Tahun 2013 disambut dengan penuh kebahagian dan kegembiraan apabila dapart menyambut dengan kawan2 tercinta disisi walaupun keluarga jauh di sana. Menyambut di aras 5( aras aku laaa) blok p3, melihat bunga api dilepaskan ke langit itu sungguh cantik.... dengan cosmate2 yg gempak gila terutama NURUL AIN membuatkan hati ini bahagia. Xlupa juga pada yg lain... ZUBAIDAH, HAIDA, ZURA RAZAK, ZURA ABDULLAH, KAK ANA, HAFIZAH, AIN KECIK, AIN KAMARULZAMAN, AKMA, AKMA SYATIRAH dan banyak lagi lah (maaf xtersebut) membuatkan hati ini tersenyum.... tq korang especially NURUL AIN sebab mai jemput i di bilik nieh,,,,.... ermhh, sedar xsedar dah masuk 22tahun dah aku hidup di dunia nieh. Mcm2 dah yang dilalui. Tapi apa2 pun aku bersyukur kerana masih diberi peluang sekali lagi dalam menikmati tahun 2013 nieh... aku harap permulaan yang bahagia ini akan kekal walaupun tidak setiap saat itu bahagia milik aku.. kerana hidup nieh xselalu indah, tpi aku harap yang tidak indah itu tidak lagi menjadi sebahagian dari hidupku lagi... insyaallah... k lah dulu, aku nk sambung study. Final dah bermula... doakan aku berjaya yea pembaca semua.... SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2013.....
12;55 AM...01/01/2013

Say goodbye to 2012, say hai to 2013.....


Tup tap tup tap tup tap, ari nieh dah last day untuk 2012.31.12.12..... Rasa mcm2 cabaran yang aku lalui tahun nieh.. esok dah msuk tahun baru. Ermhh, ramai juga yang perkatakan tentang azam tahun baru dorang. Mcm2 aku baca kat fb tuh, xnk tinggal solat lah, nk jadi makin baik, nk tingkat kan amal lah, bnyak lagi lah, Alhamdulillah, niat tuh mmg murni semoga tertunai lah. Tpi tuh semua untuk azan 2013 jer ke? Bgimana nga 2014 plak? Hehehe.....tpi semuanya bermula dari niat yg murni. Tanpa niat sesuati tuh xakan jadi an. Mcm juga solat, puasa, semua bermula dari niat kerana Allah taala. So, mcm tuh jgk azam tahun kita, klu niat kita iklas kerana NYA, insyaallah semua yg dihajati akan terjadi. Ade jgk yang berazam nak kawin tahun 2013 nt, heheh.. bgus lah. Makin besar nieh azam tuh makin mcm2 an....
Cakap pasal azam, aku sebenarnya xde azam pun tuk tahun 2013... sebab setiap saat tuh peluang untuk aku untuk menjadi yg terbaik. Xyah tunggu 2013 xpun thun bru, klu aku ase aku nk wat azan baru, saat tuh juga aku buat. Sebab belum tentu ag aku akan hidup pada hari thun baru itu walaupun sesaat. Jadi, ruang dan waktu yg Allah beri tuh, guna lah untuk menjadi diri yg lebih baik.... tapi xsalah pun nk buat azam tahun baru, sebab permulaan tahun baru tuh, memberi kita semangat baru.... semoga azam tahun baru korang tercapai lah.
2012 yang bakal berlabuh memberi aku sejuta kenangan,... sedih, suka,duka dan bahagia semua ada. Itu lah dinamakan asam garam kehidupan kan. Tapi itu semua pun ujian darinya. Setiap saat kita diuji... kita kena lah tabah dalam menghadapinya. Ingat ape pun yg berlaku, letakan DIA di hadapan kita, insyaallah kita akan tenang.. kita akan redha dengan semua itu. apa pun, aku berharap pada tahun 2013 yang akan datang kira2 7 jam dari saat ini akan memberikan sejuta makna untuk hidup aku pada masa hadapan..... insyaallah. Semoga dipermudahkan segala urusan oleh NYA...
4;15.....31/12/2012

TQ MAMA


Percutian “study week”




Alhamdulillah, sem 3 telah pun berlalu walaupun banyak dugaan yang aku lalui. Mungkin itu semua dugaannya ataupun balasan dosa yg aku lakukan sebelum ini. Moga2 dugaan yang aku lalui itu, menghapuskan dosa2 ku. J... amen..... ermhh, sebenarnya study week pun dah sampai penghujungnya. Tinggal beberapa hari je lagi sisa waktu sebelum aku berangkat ke medan peperangan. Semoga kejayaan milik aku kali. Insyaallah.
          Sepanjang minggu “study week” aku rasa bahagia sngt sbb hidup aku mmg xperlu fikir benda lain. Hanya fikir waktu untuk aku belajar je. Bila aku nak blejar, bila aku nak berhenti. Benda lain aku xperlu fikir. Sbb tuh lah aku nak sngat ber”study week” kat umah nih... sebab aku ase 1001 masalah hilang bila di rumah. Huhuhuhu.... klu aku study di kolej, aku ase bnyak benda nk kene fikir, makan minum aku, baju yg kene basuh jemur dan banyak lagi lah. Tuh xfikir lagi persekitaran sekeliling aku. Fuhh... mmg banyak lah nak kene fikir. Kat umah nieh mcm aku kata lah, fikir bila masa nk ngadap nota je. Sbb bila aku bgun pagi makan minum aku dah tersedia. Mmg dah ada lah atas meja tuh.... bgn makan je,.... so, hati happy.... kain baju plak, mama aku yang tolong basuhkan. Jemur pun dia. So, satu lagi tugasan aku diambil alih oleh mama aku.... sape yg xnak mcm tuh an. Nmpak sngt “study week” aku x diganggu. So, xde alasan untuk aku tidak berjaya.
          So, pape pun aku nk ucapkan TERIMA KASIH MAMA sbb menjadikan hari2 aku di saat study week sungguh indah walaupun tidak seindah orng yg pergi bercuti di luar Negara. Hehehheehe..... I LOVE U MAMA,...... MAY ALLAH BLESS YOU HERE AND AFTER......

26.12.2012.........9:44pm

Sunday, 16 December 2012

perjalanan hidup ku


Pejam celik pejam celik... pejam xcelik2.... hah tuh dah sampai ajal lah klu pejam xcelik2 tuh.... cepatnya masa berlalu. tup2 aku dah msuk minggu ke 14 dah sem 3.... aku rasa baru semalam mama aku hantar aku kat UPM nieh untuk daftr msuk sem 1.... tp tup2 dah minggu terakhir untuk sem 3... cepat an masa berlalu. tpi tuh lah hakikat masa pada hari ini, berjalan dengan begitu pantas sekali. kalau kita berlengah2 dengan nya akhirnya kita yg rugi. 

ermhh... macam2 dugaan yang aku lalui sem nieh.. tp alhamdulillah, aku ase aku makin diberi kekuatan oleh NYA untuk berada di sini menghadapi pelbagai masalah. tpi sebenarnya tiap2 sem pun ade masalah. tpi masalah tuh lah yg mematangkan aku. untuk aku lebih kenal siapa di sekelilingku. tapi pape pun aku tetap bersyukur pada yg sudi berada di sisi ku ketika aku senang dan susah. sudah tentu lah ibu aku orang yang utama... tpi de jgk yg ke dua utama...... nak tau spe?? hahhaahah... sudah tentu lah si hati aku.... jeng3.... alah  NABIEL SUHAIRUDIN... adik aku... aku ase dia mmg akan ade waktu aku memerlukan... ermhh... tapi kan, selain dari mereka nieh, ade seorng hamba ALLAH yg sentiasa jga memberi masalah kat aku.. oppss silap, bukan3x... tp selalu de untuk aku.... bila aku memerlukan teman... sape yea?????? malu lah plak nk mention nama dia..... tpi mention lah jgk M. SYEQAL CHE MURAT..... ermhh.. dia lah orngnya..... tq sbb selalu ade untuk aku.... tpi suatu saat nt aku pasti kehilangan dia..... hahha.... taochingg2 ah plak.. tpi btoi lah.... hanya mama  yang akan kekal menjadi pndgr setia aku..... tq mama..... 

pape pun, sem 3 nieh bnyak memberi kenangan indah buat ku. tpi kenangan xbrapa indah pun  de.. tpi xusah lah dikenang... sebab bukan pe, aku suka nga kata2 nie "kenapa harus ingt yg pahit sedangkan yg manis itu indah" kannn.... so yg pahit tuh aku buang trus lah.... campak jauh2,... yang indah tuh aku jadikan kenangan untuk hari esok dan mendatang....

k lah dulu... aku nk chau dulu.. nk g mandi.. kul 10 nt de kelas teori linguistik...... nt kita jumpa di entri yang akan dtng.. INSYAALLAH........ assalamualaikum yg sudi memberi... semoga hidupmu sentiasa dirahmati NYA........

Tuesday, 11 December 2012

SEMOGA ADE YG TERBAIK BUAT KITA


SEKALI LAGI

“aku tidak mahu mengenali insan lain sebagaimana aku mengenali mu....
kerana aku tidak mahu rasa ini hadir pada yang lain sebagimana rasa ini untuk mu......”


awak,
maafkan aku,
kerana aku jatuh cinta pada diri mu,
aku jatuh cinta pada sifat mu,
aku jatuh cinta pada watak mu,
aku jatuh cinta pada seyumanmu,
tapi,
amat lah mustahil  bagiku,
untuk menyatakan hasrat ini padamu,
untuk luahkan rasa ini pada diri mu,
kerana aku tahu,
segalanya tidak mungkin terjawa “ya”.

 jika tiada lagi perkhabaran dari ku,
Usah lah kau mencari perkhabaran itu,
kerana aku ingin mencari dunia yang baru
untuk aku melupakan mu.....

#aku ingin melangkah jauh dari hidup mu, agar aku boleh berdiri tanpa adanya kamu disisiku... tapi aku masih tidak mampu...........

6/12/2012 9.00 AM...............

Tuesday, 4 December 2012


Ya  Allah,
Pada pagi yang penuh kemulia ini,
Aku  sekali lagi kecewa,
Hati ini bagaikan  kaca  jatuh  ke batu
Sekali lagi air mata ini mengalir dengan laju nya.
Apakah ini semua petunjuk dari MU
Yang  Engkau telah  memjawab semua persoalan
Di hati ini...

Ya allah, andai ini yang terbaik untukku
Izinkan aku mengucapkan
Selamat tinggal wahai semalam.
Selamat tinggal dunia semalam
Selamat tinggal kesedihan semalam

Izinkan aku melangkah ke alam baru
Alam yang bagaikan “asing” bagiku
Alam yang aku bagaikan dilahirkan semula
Alam yang aku tidak tahu siapa penghuninya
Alam yang penuh dengan kebahagiaan

Terima kasih Ya Allah,
Kerana engkau sekali lagi
Memberi peluang kepada ku...
30/11/2012, jumaat (penghulu segala hari)

Saturday, 1 December 2012

tiada kasih setanding mereka




Dah lama arwah tidak datang dalam mimpi ku. Rindu yang terpendam ibarat gunung berapi yang tinggal hanya untuk meletup je. Semalam 27.11.2012 daLam lena itu, dia “muncul” seketika. Kemunculannya ibarat ingin memadamkan rasa rindu di hati ini. Dia datang mendekatiku dan melangkah semakin jauh... jauh... dan jauh.... sehinggalah aku tidak Nampak bayangannya..... ingin saja tangan ini mencapai tangannya supaya tidak pergi meninggalkan ku pada waktu itu. tapi itu semua mustahil belaka. Kerana mimpi hanya lah mainan tidak pada ketikanya. Tapi mimpi semalam bagaikan arwah masih di sisi ku. Wajahnya yang tenang memberi ku semangat untuk terus berjuang di jalan NYA.... untuk terus mencari sinar bahagia di dunia ini dalam mencapai bahagia di akhirat.
          Hari ini 28.11.2012 aku bangun dengan seribu persoalan. Dengan berjuta kerinduan. Bukan sahaja pada arwah tetapi pada si hati ku yang banyak memberi semangat dan dorongan kpd ku untuk aku terus berjuang di dunia ini. Untuk aku tidak lemah dalam menghadapi segala masalah dan rintangan yg menghalang. Ingin saja kaki ini melangkah ke tanah tumpah darahku untuk mendakap dan mencium pipi gebu si hati ku...... kerana rindu ini padanya semakin membara biar pun hanya seminggu berpisah dengannya.....
          Abah walaupun abah sudah tiada di sisi... tapi abah adalah segalanya bagi kakak...... abah adalah hero yang terhebat di hati ini.... semoga abah lebih aman di sana.... insyaallah, kita suatu masa nanti kita akan bersama.....
          Mama, kecekalan mu memberi aku lebih bersemangat untuk terus berjuang pada hari ini biarpun mungkin hidup ini sudah tidak lama di dunia ini. Mungkin kakak lebih awal pergi ke sana dri mama.... andai itu yg tersurat..... mama adalah ibu yang terbaik. Tidak ada tandingan dlm hidup ini. Biar pun beban yang ditnggun setinggi gunung Himalaya, tapi seyuman yang trukir di wajah mu ibarat masalah sebesar zarah....
         

Saturday, 3 November 2012

rahsia hati



Rahsia hati


Assalamualaikum, alhamdulillah masih diberi ruang dan waktu untuk aku menulis di ruang ini pada masa dan ketika ini. baru2 nie aku de lah tgok satu crita nie, dia akhir cerita tuh de kata-kata yg menarik perhatian aku dan mengigatkan aku tentang seseorng......

"seseorang yang mencintaimu ialah orang yang xpernah menyatakan cintanya padamu....
kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya.
dan bila di suatu masa dia hilang dari pandanganmu....
kau akan menyedari dialah cinta yang tidak pernah kau sedari...."

nie lah kata2 dalam crita "aku terima nikahnya".. kata2 nie   seakan-akan mengiakan perasaan aku pada katika ini.... yea, pada waktu dan saat ini hati aku dicuri oleh seseorng. tapi sampai akhir pun, mungkin cinta ini tidak akan diluahkan. tidak akan terkeluar diri bibir ku. 

sebelum nie pun aku pernah jatuh cinta, tpi perasaan berani untuk luahkan tu ade. aku tidak kisah klau dia xtrima aku, sekurang2nya aku tahu isi hati dia. tpi kali nie, jgn kan kata nak luah pada si dia. orng sekeliling aku pun aku xakan bgthu yg aku sukan dia. biarlah ianya menjadi rahsia hati aku dan biarkn sahaja hanya DIA yg thu. aku de banyak sebab kenpa aku tak bgthu dia. lgpun, aku ase aku bukan pilihan hti dia. bukan yang selayaknya untuk dirinya....





Biarkan rasa cinta ini hanya subur di hati ini tanpa engkau mengetahui... tidak mampu lagi aku menangis untuk kali yang seterusnya....






Aku hanya mampu mendoakan kebahagian mu bersama dia yang engkau pilih untuk menjadi pasangan hidupmu suatu saat nanti. aku tidak mampu untuk menjaga mu hnya pada NYA aku serahkan agak kau sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik

melihat kau bahagia adlah kebahagiaan ku....
melihat mu ketawa adalah kesenanganku.....
melihahat mu tersenyum adalah matlamatku...
namun,
melihatmu menangis membuatku kecewa,
melihatmu kecewa membuatku sedih.....



Aku hanya mampu untuk meluahkan rasa ini pada NYA yang ese... hnya dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita berdua. insyaallah, suatu saat nanti kita akan ketemui jalan bahagi kita... 


dari kejauhan aku melihat kau, mendoakan kau, dan berharap kau akan mendapat yang terbaik dalam hidup kau....... 

Thursday, 11 October 2012

AKU DAN WAKTU



          WAKTU DAN AKU

Assalamualaikum, dah lama tidak menulis di ruang ini. Bukan waktu yang tidak cukup tapi ruang yang ada digunakan untuk memenuhi ruang ini. Apa pun pada pagi jumaat nie, Alhamdulillah aku diberi ruang dan ketenangan untuk berkongsi sesuatu dengan kamu semua yang sudi memberi waktu membaca entri ini.
          Pagi tadi masa naik dari jogging kat bawah blok, aku terbaca satu artikal yang dikaitkan dengan ‘masa’. sedar tak sedar kita dah hampir masuk minggu ke 6 (pelajar IPTA), jadi bagi pelajar di UPM, minggu ke 5 dan ke 6 nie lah minggu kemuncak yang paling sibuk, sebab minggu nie ade test, asgmnt pun dah ade yang nak kene hantar. Aku? Mmg lah sibuk. Kepala nie berat fikir pasal test2 yang akan diambik. Bukan hanya fikir soalan yang bakal dikeluarkan oleh pensyarah tapi result yang akan dapat jgk. Jadi persediaan yang dibuat bgitu baik, semua bace. Belajar sampai lewat malam. Dalam kepala otak ini fikir pasal test... test.... test jer.. tapi Alhamdulillah, aku masih ade waktu untuk membaca surat cinta dari NYA selepas dating.....
          Bila masuk dalam bilik,setelah bace artikal tadi aku terfikir. Kita sentiasa melakukan persediaan untuk hadapi peperiksaan, ujian, pertandingan dan sebagainya. Sampai sanggup abaikan rehat semata-mata perkara itu. tapi sedar tak kita, setiap saat yang berlalu pergi meninggalkan kita semakin hampir kita dengan KEMATIAN? Atau sebenarnya kita sedar tapi kita lalai dalam melakukan persiapan menghadapi saat itu. saat yang belum tentu bila akan tiba tetapi PASTI akan datang menemui kita. Dalam menghadapi hari dan saat ini, cuba kita fikir, apa persediaan yang kita lakukan? Adakah terlalu banyak, atau tidak ada lansung? Kalau itu, mmg kita seorng hamba yang lalai dalam berjumpa dengan NYA.
          Bila aku fikir2, renung2 balik. Aku adalah hamba yang banyak dengan dosa, umpama pepasir dipantai tetapi tidak pernah untuk menghapuskannya. Ya Allah bertapa gelapnya hati ini. Bertapa jahilnya diri ini. Tapi sampai bila aku ingin terus bgini? Dunia hanya pinjaman sementara. Kita ibarat musafir di dunia ini, tiba masanya kita akan pulang ke tempat asal. Bermusafir di dunia ibarat mencari bekalan untuk dibina di sana. Apa lah guna berharta tetapi, amal ibadat setipis kain kafan. Jadi kumpullah harta di dunia untuk bekalan di sana nanti.
          MATI ITU PASTI, jadi mulai saat dah ketika ini, muhasabah lah diri. Renung-renungkan lah apa yang kita buat untuk pulang ke sana. Adakah persediaan itu telah cukup. Apakah amal kita telah cukup. Atau hanya dosa semalam kita akan bawal pulang kesana.

12/10/12   9;29 AM, JUMAAT ( HATI TENANG BILA INGIN ILAHI)

Sunday, 22 July 2012

ramadhan datang lagi


alhamdulillah.. walaupun puasa pertama tidak dapat disambut dengan keluarga tersayang tapi aku tetap bersyukur kerana masih diberi paluang untuk menikmati bulan yang penuh mulia skali lagi pada tahun ini. 
tahun nie dah masuk tahun 9tahun aku berpuasa tanpa orng tersayang (ABAH)... pemergiannya baru semalam dirasakan.,. tpi aku harus redha dengan takdir dan ketentuanNYA. meratapi kesedihan bagaikan marah pada DIA yg menentukan segalanya... 
papepun, tahun nie, aku merasakan kelainan dalam menyambut bulan yg penuh mulia ini... aku rasa xnk berpisah nga bulan ini. kerana dipenuhi dengan rahmat NYA, ibadah yang dilakukan pun berlipat ganda diberi ganjaran. itu makin seronok dalam melakukan ibadah. kenikmatan menyambut bulan mulia nie sngt dirasai pada tahun ini berbanding tahun2 yang lalu.. 
hari ni dah masuk 3ramadhan, kejap je dirasakan... xtahu lah ramadhan tahun dpan masih mampu dinikmati lagi ke x,. ataupun nie ramadhan terakhir buat aku. hanya DIA yg tahu... tapi pape pun aku masih berharap agar tahun hadapan aku masih diberi peluang untuk menikmati bulan yang penuh mulia ini..

p/s: selamat menyambut ramadhan kepada semua umat islam...

Friday, 13 July 2012


Novelku, hidupku?

Assalamualaikum semua. Ermhh, kali nie aku nk share sal novel yang aku baca nga korang semua. Tajuk novel ni “untuk kau dan aku-NAJWA AIMAN-.. klu korng nk tau aku ambik masa berbulan2 nk hbis kn novel nie, seblm cuti sem lagi. Yelah, time d uni mane de masa sngt nk ngadap novel2 nie. Tebal plak tuh, tpi bg yg mnat novel 3 hari pun bleh habis kot. Aku pun kaki novel gak. Tpi entahlah npe yang nie lama sangt. Hah, tpi itu smua bukan niat aku nk berceloteh di sini, aku nk share satu perkara sal novel ni.

Novel yg aku doq bace nie, hampir sama jalan critanya dgn kisah hidup reality aku, tpi bkn 100%, 99% pun xjgk. Ermhhh 70% lah... hero dalam crita nie nama AZHAR, dia dah minat kat sorng awek nama  AZURA, ermhh, dlam masa yg sama si AZHAR nie de lah member rapat nama MIZA... hah, kat sini dah mula persamaannya. Dalam hidup aku, AZHAR tuh bleh digantikan nga member rapat aku, si SYEQAL tuh... hahhahaha,


nie lah hero klu dalam reality.. huhuhuh... hensem x???? x??? hahha. mmg xhensem pun. syeqal ko jgn doq prasan hensem k



huhuuh... hah nak kenal heroen?? adoi ya,,, hahha... bleh2.. xde masalah. 

nie ke minah yang ko doq berkenan tuh syeqal?? btoi an??? isk2.... xsngka aku... pape pun pilihan ko. aku ok je.. heheheh...
(xleh lerr tunjuk yg real, nt xpasal2 aku kene humbang dalam parit)


dalam novel tuh, si hero nie doq gila kat heroin tuh smpai awel lain yg doq nk kat dia pun dia xleh nk trima. lebih kureng nga syeqal lah. bukan xdaq awek nk kat dia. dia ja jual mahal... xg2 syeqal?? hahhaha. no komen!

ermhh, cite sal hero nga bestpren dia plak.. hahahha... miza nga azhal nie mmg baik, skpala lah. tpi slalu gaduh. miza nie sempoi je orng nya, dan dlm novel tuh miza xde buah hati pun.. hahahha... hah, sama an aku nga syeqal. mmg kami kawan baik... tpi kalu xgaduh tuh mmg xsah lah hidup. de je benda yg digaduhkan.. hubungan miza nga azhal nie sejak dari uni tpi aku kanal syeqal nie sebelum masuk ini lagi. dah macam2 masalah, suka duka  kami share bersama. xg2 bang?
hah, kalu nk tahu cos yg azhal ambik d uni sama nga cos syeqal.. law... huhuhuh.... 

sebelum crita ending, mmg ramai girl yg doq melekat nga si Azhal nie. tpi dia xthu hal sebenar hati dan perasaan dia. huhuhu... xgentleman btoi. tpi aku rasa syeqal gentleman kot.. hahha... nk tahu npe?? rahsia ah. mane leh bgthu semua.. azhal de ah rapat nga sorang minah nama FAZIHA?? jeng3... Faziha nie pun doq berkenan nga dia.. sampai suatu hari Azhal mgajak Fazihal bli cincin... jeng3, kecewa lah si Faziha nie. ermhhh.. 
cincin?? nk bgi Azura? time nie Azhal mmg dah nekad nk lamar si penyeri hidup dia tuh... huhuu...

alahai penat ah nk crita panjang2, korang bace lah, bru syok...
hah, mesti korang nk tahu an spe penerima cincin tuh... jeng jeng jeng

akhirnya Azhar melamar kawan baik dia, si Miza tuh... buuhuhu.. tuh ending novel lah... hahha... kalau ending kami tak lah kot... hahha... sebab masing2 dah ade pilihan hati tapi pilihan kami xmemilih kami, hahahha.. sadis3.... mms sadis.. sabor je ler......

sekian dari saya
NURUL AKTIEYMA BINTI SUHAIRUDIN

Monday, 9 July 2012

ohhh.. kawan..



Suka suki ku...
Ngah boring2 nie aku xtahu nak wat pe. Hah, aku ambik kputuskn nk tulis blog sal member baik aku nie... hahhaha... cian dia dah lama dia doq suruh aku suh tulis sal dia d blog aku.. hahaha... al maklumlah nk jadi pemes katanay... cam retis.... tpi dia nie xde hensem sngt cam retis aaron aziz tuh, tpi hensem dia ah dri mamat bangla yg doq kat stesen minyak tuh. Tpi klu dia doq skali nga mamat bangla kat stesen minyak tuh xdaq bezanya.... nak tengok muka dia x??? Hahha.. nie diaaa..



nie time dia doq ade rambut lah... huhuhu... hensem x?? hahha of course lah x kan???? sapa doq kata hensem tuh mmg agak sengal ah mcm mamat nie... hahhaha
tpi de ah semusim dia doq wat rmbut dia botak.. aku pun xthu npe suka sngt botakkan rmbut dia. nk jadi macam mawi kot.. nk jadi retis lah katakan... hahahha... nt aku "show" gambaq dia time botak


cam mawi ke cam alien???


nie de lah ala2 mawi sikit...


hahhahahaha..... tpi walau pape pun, nie lah member aku yg banyak berkongsi suka duka nga aku.,.. dia slalu doq dengar masalah aku.. slalu bgi smngat untuk.. slalu bntu aku... dia mmg baik lah klu dalam membantu kawan nie... mmg bgus dibuat laki.. spe nk bleh ahhh,.single ag nie but not available.. hahhaha... dalam hati dia de yg bertahta,... nk tau spe?? hah, rahsia hati lah tuh, mane leh bgthu... hahahah...


ermhhhhh.. klu nk thu aku nga mamat nie suka sngt gaduh... mmg suka gaduh ah... xpenah xgduh.. klu xgduh tu de ah yg xkene tuh, xg2 sayang?? hahahhaha... satu lagi, mamat nie bijak.. hahha, bakal jadi peguam berkalibal kot... erkk??? tunggu je nanti....
aku nk tunjuk satu ag gmaq dia yg agak hensem kat korng tp jage2 tau, jgn doq jatuh cinta plak nga mamat nie... nt mrana... sabab dia nie gilo skit.. hhaha.. jgn marah yea bang


gambar nie hensem ah jgk...


hahahha... nie nmpk ah cam syeqal skit.. bukan syeqiillll paria tuh.... hahahahhaha.... okeh ah, mlas nk tulis bnyk2 nt mkin mjadi2 plak mamat nie...

Saturday, 7 July 2012


MENTARI DAN BINTANG

Aku bagaikan bintang yang rindukan mentari
Saat aku hadir, kau pergi...
Saat ku pergi
Setelah sekian lama menuggu kehadiran mu di sini
Kau datang kembali
Perkhabaran itu dikhabarkan oleh awan yang setia
Untuk melihat kita bersama
Tapi itu hanya khayalan ku untuk bersamamu
Aku tahu aku kita tidak ditakdirkan untuk bersama
Walaupun pada waktu siang
Mahu pun pada waktu malam
Hadirmu di sisi ini
Hanyalah mimpi panjang yang tidak pernah terungkap
Kini baru ku tahu
Mungkin Tuhan tidak menjadikan kau
Untuk bersamaku
Dia memjadikan kau
Untuk insan lain

P/s: aku hanya mampu berdoa agar kau sentiasa bahagia dengannya....

thank for everything


Thank you!!!

Kad diskaun siswa 1 Malaysia... macam2 dah kerajaan buat untuk kesenangan mahasiswa. Sebelum nie bagi “baucer buku satu Malaysia” kat student2 uni... nie nk wat kad diskaun plak. Mmg memberi kesenangan lah kepada pelajar terutama plajar yg kurng berkemampuan. Dengan kad nie bleh lah ringankan beban sikit walaupun xbnyak.

Walaupun pelbagai usaha kerajaan lakukan untuk bantu siswa tpi de jgk mahasiswa yg menetang kerajaan. Aku pun xtahu lah npe nga maha siswa mcm nie. Doq hentang kerajaan, doq mengata tu nie tu nie kat kerajaan. Tpi bantuan yg kerajaan bagi ambik jgk.. iskkk xmalu btoi.. duit ptptn pinjam jgk.... kalau dah doq hentam kerajaan habis2 tuh, bantuan kerajaan bagi xpayah lah doq ambik... nie labih smagt dari siswa yg sokong kerajaan plak semagtnya. Pe faedah doq hentam kerajaan sngt? Cu bgthu, pe pihak pembanhkang wat untuk mahasiswa??? Ape bntuan yg diberi??
Ermmm.. aku bukan nk sokong mane2 pihak wat masa nie, tpi hargailah pe yg orng buat baik kat kita. Walaupun tu cara mereka nk kekal memerintah., aku xkata pihak pembangkang nie jahat, tpi sebagai mahasiswa kite jgk perlu fikir pe yg terbaik untuk kita...

Lepas nie bleh ah kita berbelanja sakan SYEQAL erkk... jum kte g bli belah kat pavilion, sogo, times square... ko blnje aku.. bila ag ko nak balje aku.. time nie ah... heehhe... ko kan baik, hensem, tomel, pe g... sume ko punye lah.. klu blnje aku lagi bertambah ketomelan ko,kehenseman ko tuh... baik lagi ah.... bertambah berganda2... hehheh... aku tunngu tau ko blnje aku... ok tayang???? wahahah

p/s; bukan parti itu yg salah tpi orng dalam pati itu mrmbuatkan pati itu dipandang serong.... 

you are my hero


Abah

Saat  insan lain
Memeluk cium ayah mereka
Di saat itu
Air mata ini mula mengalir
Membasahi bumi
Tuhan

Saat insan lain
Berkongsi
Kegembiraan dan kesedihan
Bersama ayah mereka
Hati ini
Mula meresakan kesunyian

Saat insan lain
Bersama meluangkan masa lapang
Dengan ayah mereka
Di taman, pantai dan gunung
Aku mula
Merasa kehilangan

Semua ini
Ku rasa semenjak kepergiannya
Lapan tahun yang lalu
Tpi
Aku rasa baru semalam
Kau bergurau dengan ku
Kau memberi nasihat padaku
Dan
Ku kucup pipi dan tangan mu...

Abah,
Kau pergi
Tanpa sempat
aku berbakti padamu
tanpa sempat
kau melihat kejayaanku dan adik2

aku hanya mampu
mendoakan mu disana
semoga kau bahagia
di sana

p/s: ape pun berlaku, kasih syg aku terhadap mama dan abah tiada gntinya.,,, aku sayang mereka...








Friday, 6 July 2012

kasihmu kekal abadi


Kasih mu kekal abadi

“doq wat gpow tu, esok jngn lupo pause sunat”. Ttbe aku trima msg nie dari bonda tercinta. Suh aku pose sunat. Walaupun berjauhan tpi dia sentiasa mengigatkan ku untuk melakukan kebaikan dan mendekatkandiri kepada NYA setiap saat. Dia ingtkn aku supaya puasa semperna penutupan buku amalan yg akan dibawa naik oleh malaikat. Buku amalan, yang mungkin penuh dengan dosa2. Terlalu bnyak diri ini melakukan dosa dengan dia. Walaupun kadang2 kita tidak sedar pe yg kita lakukan adalah dosa kita dengan ALLAH dan juga ibu bapa kita. 

Walaupun sebesar zarah ianya tetap dosa...
Kasih sayang nya tidak ternilai walaupun dibandingkan dengan selautan emas... kasih sayangnya tidak mampu ditukar ganti walaupn sudah tiada. Tidak mampu dimiliki dengan emas dan permata. Begitu berharga kasih sayang soerng ibu. Kita tidak Nampak kasih sygnya terhadap kita tpi percaya lah kasih sygnya sngat dalam di lubuk hati. Walaupun 10 orng anak yg dimiliki kasih syg yg diberikn kpd stiap anak 

adlah sama.. tiada bezanya.
        Tpi mampukah setiap anak yg dilahirkan di dunia ini menyayagi ibu mereka sebagaimana ibu mereka menyayagi mereka? Atau kasih sayng anak lebih dalam kepada si suami atau kekasih. Yea, bagi kaum hawa syurga di tapak kaki suami bila kawin, tpi ingat jika suatu hari nanti suami boleh berubah kasih tpi ibu tidak. Tidak sama sekali. Jadi jgnlah buang kasih ibu ganti kasih suami.

p/s;:ibu adalah segalanya bgiku, dia sahabat, dia teman, dia guru, dan dia ibuku.. kakak sayang mama.... semoga mama sentiasa dilindunginya. You are my heroen!!!!!!! 

Wednesday, 4 July 2012


DIA tahu ape yang terbaik....
Alhamdulillah.... Irma hasmi dah pun mulakan hidup barunya dengan insan yg baik untuk dirinya... setelah berpisah nga Nabiel (spe xnkal pelawak,lawak ke? Dan pelakon terkenal tuh) bnyak perubahan yg telh Irma lakukan.. mula2, pakai tudung, mmg kputusan terbaik untuk dirinya, salah satu cara untuk dia mendekatkan diri dngn yg maha esa. Kalau dia xberpisah nga nabiel, agak2 dia pakai tudung x? Hanya Tuhan yg tahu. Ermhhh, lps tuh dia wat kptusan untuk ke tanah suci mekkah, di situlah dia bertemu dengan kekasih hatinya (suami lah) hari ini... sebenarnya, semua nie dah dirancang oleh yg maha esa untuk dirinya, syukurlah dia mendapt insan yg baik untuk berada disisinya.. dalan alquran de mnyatkn bhawa, perempuan yg baik untuk lelaki yg baik, dan sbaliknya... ermhh.. korang bleh lah fikir2 ye pe yg aku nk sampaikan kt sini.. ermhhh..sebab tulah pe yg kita rsa terbaik untuk kita tpi sbnrnya ianya bukan milik kte kerana DIA maha mengetahui ape yg terbaik untuk diri kita.. DIA xberi pe yg kita inginkan TAPI DIA beri pe yg kita perlukan,... SYEQAl, ko ingt tu erkkk... jadi, jgnlah kite sedih sngt klu insan yg kita impikan untuk jadi milik kita tapi dia xinginkan kte... jgn kan kata nk pndang kita, jeling pun xmau..so, ko xyah ah doq pikiaq sngt k??? Aku ade,.... mane ah tau ko nga aku ke suatu hari nanti.,,,,kebahagian milik kte.. spe sangka an.... ermhhh, pesti ko ah bahagia. brtuah ko dapat aku beb..... hahhahhaha...aku pasti ko meluatkan.wahahhahah... pape pun yg berlaku dalam hdup kte ingatlah semua dalam rancanganNYA... kita hanya merancang Tuahn yang menentukan segalanya... semoga ERMA HASMI dan REDZA bahagia hingga ke akhir hayat mereka...


p/s: Ya ALLAH, jangan lah Engkau buka pintu hati ini untuk insan bukan yang sepatutnya

Tuesday, 3 July 2012

memilih VS dipilih


Memilih vs dipilih
memilih atau dipilih... dua perkataan yang hampir sama tapi maksudnya jauh berbeza.... bukan mudah untuk kte mambuat kputusan untuk memilih atau dipilih..... tpi biasabya kita lebih suka memilih.. kalau kita ke kedai untuk membeli kasut kita akan memilih kasut yang terbaik untuk dipakai terutama pada majlis yang bermakna dalam hidup kita.... tapi kadang2 kita juga lbih suka jika kasut itu dipilih oleh orng lain untuk kita.... tu kalau pilih kasut la... bagaimana dalam mencari pasangan hidup?? Adakah memilih itu jalan yang terbaik untuk kte?? Atau dipilih itu satu langkah kearah kebahagiaan???memilih orng yang kita suka untuk menjadi pasangan kita suka pasti kita merasakan kebhagiaan itu milik kita kerana orng yg kte pilih itu menepati ciri yg kits impikan walaupun orng itu kadang2 tidak hensam mahupun cantik dimata orng lain. Tpi bagi kita dia adalah MR.RIGHT...ermhhh.. tapi adakah orng yg kte pilih itu rasa apa yg kte rasa atau dia juga ingin memilih pilihan dia sendiri? Klu bgini meranalah pihak yg memilih... klau kite dipihak “dipilih” adakah kita akan terima seadanya. Mungkin kte akan ade sdikit prasaan bhagiab di sudut hati kerana ada jg manusia yg sudi memilih kita untuk menjadi pilihan  hidup mereka tapi adakah hati kte yg sebenar bahagia dengan cara yang dipilih???dipilih atau memilih dalam hidup merupakan sesuatu yang sngat sukar untuk dibuat. Dalam menentukan siapa pasangan kte memilih dan dipilih perlu hadir serentak barulah kebhagian itu menjadi milik kita selamanya... insyaallah....
aku ingin memilih dirimu menjadi sebahagian dari hidupku kerana kau bagi ku adalah yang terbaik tetapi kau juga memilih insan yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup mu.. apa pun aku hanya mampu mendoakan kebahagian hidup mu dunia dan akhirat....
29.06.2012 02:19PM.........di kamar tidur ku 

Sunday, 1 July 2012

rasa itu mainan jiwa


rasa itu mainan jiwa????

“rasa itu mainan jiwa?” aku petik kata2 nie dari drama bersiri yang aku ngah minat sekarang “dejavu di kinabalu”... cite nie best sngt bagi aku.. jalan crita nya mambuatkan aku tertarik... cinta seorng lelaki terhadap kekasihnya yang telah mati tapi tetap cintanya tetap teguh dan masih dalam.... masih ade lagi ke cinta reality seperti itu pada zaman moden rinie?? Alah, jgn kan kata awek mati cari lain, awek tgh nazak pun dah de pnganti... xyah kata nazak lah, sihat walafiat tuh, dah de spare.tapi  Klu de mmg aku tabik spring ahhh... tpi de sorng member aku nie suka kan sorng awek sampai sngup tunggu walaupun 1000thn lamenya(umpama aje)... ermhh.. aku respect ah nga member aku nie.... respect kat ko beb..cinta mati... hehehhe... ckp sal dia, aku ase dia dan aku sama je... sanggup menunggu walaupun sesuatu yang xpasti.... kesetiaan tanpa balasan dan kepastian dia akan jadi milik kita mmg menyiksakan... itu ke dinamakan cinta atau hanya “rasa mainan jiwa” semata2? Ermhhh.. entah lah.... kalu lah rasa itu mainan jiwa bermakne aku sedang bermain dengan jiwa aku dengan ape yang aku rasa.... betul ke?? Entahlah, bukan aku nk pe yg aku rasa saat dan ktika ini menerpa di jiwa aku nie, tapi rasa nie aku xbleh nak paksa untuk tidak hadir.. kehadirnnya bukan diundang.... perlu ke aku pendam rasa ini sampai saat ianya pergi??? Atau ia tetap dihati ini untuk selamanya?? Aku sendri tidak pasti walaupun aku dah tahu jawapannya.... bodoh ke aku? Atau aku sngaja mncri pnyakit??? Huffff.... aku sendri tidak pasti dengan semua ini.... yang aku tahu sblm nie aku tidak pernah rasa pe yang aku rasa pada saat ini... klu bleh aku jg inginkn kpastian yg tidak pernah pasti untuk aku..... atau rasa ini sekadar mainan jiwa???? Ermhhhh..... semoga aku dan kau(sahabatku)akan terus tabah dalam menghadapi hari2 mendatang.... life must go on baby...... k?? ;)..


Persahabatan vs percintaan


Ermhhh.. dalam hidup nie mesti de sahabat.... dalam bersahabat akan terbentuknya sebuah persahabatan,.... tapi dalam hidup nie ade jgk cinta yg lahir dari hati, jika cinta itu terbalas akan lahirlah sebuah percintaan yg suci dan murni cam minyak masak seri aji(yeke erkk??)... hehehhe... orng kata hubungan persahabatan antara lelaki dgn perempuan bleh bertukar menjadi hbgn percintaan jika terlalu akrab... yeke??? Ermhhh.. tappiiii sebuah percintaan sukar untuk menjdi sebuah persahabatan.... yeke?? Jom kita buktikan melalui crita aku nie..... Dulu, aku pernah de pacar, tapi lps break kami bersahabat sampai ke saat ini... bermakna, hbgan kami bleh berubah dari percintaab kepada persahabatan.... ermhhh... aku jgk ke sahabat rapat, laki ag.. dah hampir tiga tahun(yeke?? Jap3... 18th-21th,lebih kurang ahhh)  kami kawan, mmg rapat lah...dia seorng pndegar setia( ko setia ke beb) time aku de masalah.... tapi masing2(dia dan aku lah) xde perasaan antara satu sama lain.. canne persahabatn nak bertukar kepada percintaan???ermhhh....bukan dia je kawan laki aku yg aku rapat ramai lagi... kami hanya sekadar sahabat tidak akan lebih dari itu... kalau de jodoh nanti de lah.. xyah nak fikiq2, kalok2 sampai wat orng rimas nga kita.... jadi jangan anggap kalau laki nga perempuan tu kawan rapat jgn anggap dorng couple erkk... sekadar berkawan..!!!!!!!!!

p/s; kalau xtahu tanya, klu thu sahkan betul ke x.....


Wednesday, 16 May 2012

 sungguh
 aku berhenti berharap 
 pada mu yang satu
 yang pernah aku sayangi.


sungguh, 
aku berserah
pada yang maha esa
kerana aku tak mampu
untuk kembali kecewa 
untuk kembali terluka.


ku harap
cinta ini
terbang dibawa agin
ku harap 
sayang ini
hanyut dibawa ombak
ku harap rindu ini
pudar dalam kegelapan


p/s; untuk si dia yg bertahta di hati



Sunday, 18 March 2012

roomate aku yang bnyak memberi semangat dikala hati dalam keresahan dan kesedihan,....thanks u all

Assalamualaikum...... Alhamdulillah sebab aku masih diberi peluang untuk menikmati udara MU pada hari jumaat ini..... aku bersyukur dengan apa yang berlaku.... Ya Allah andai ini jalan yang terbaik untuk diri ini aku redha kerana ENGKAU telah mendekatkan diriku pada MU.... diri ini lalai selama ini.... aku abaikan MU dengan kesibukkan dunia.... YA Allah, terima kasih kerana KAU memberikan aku peluang yang entah keberapa kali untuk bertaubat, walaupun diri ini sentiasa alpa tpi ENGKAU tidak meninggalkan diri ini keseorngan terkapai2 mencari sesuatu di dunia yg fana ini.. aku sedar aku sentiasa leka dengan keasyikan dunia, aku sentiasa leka dengan kecantikan dunia, aku sentiasa leka dengan cinta dunia......... walaupun pada hari ini aku tidak mampu tersenyum sebagai mana semalam, insyaallah aku yakin dengan janji MU... suatu hari nanti aku pasti tersenyum, dengan senyuman yang palig bahagia di sisi Mu.... insyaallah.....

Saturday, 14 January 2012

coretan kalbu...

salam...... nie coretan pertama aku kat blog nie.... ermhhh... orang lain dah lame de blog nie.. aku baru nak de... bukan xde niat sebelum nie nak wat blog tapi ilmu sal blog nie cetek sangat... hehehehe.... tapi kali nie niat nak wat blog nie dah termakbur dengan bantuan si 'dia' yang bgitu pulon tolong aku wat blog nie.... thanks kepada yg berkenaan,.... sape makan sweet dia rasa manis lah..... hehhehe.... nt i blnje you sweet yea sbb tolong i watkan blog nie.... heheeh... ermhhh... esok dah nak blah dri UPM nie... 17hb feb nt mai blik sini.... 20hb feb dah mula sem 2.. huhuhuhu begitu cepat masa berlalu......bangun tidoq bangun tidor dah tamat sem 1.... hehehe.. pape pun sem1 nie bnyak knangan yg dilalui... terutama bersama kawan aku 2 org toh yg sekepala mingung jgk.... pape pun aku harap aku persahabatan kami kekal ke akhirnye,.... hehhehe.... pape pun aku harap sem2 nt aku dapt mulakan 'campus life' dengan lebih baik.... moga kesungguhan aku dalam mencari ilmu lebih baik dari sem nie.... hehehe.... k lah..... malam semakin larut.... izinkan aku rebahkan diri dulu atas katil upm yg 'empuk' nie wat malam terakhir untuk sem nie.... heheheh.. nanti jumpe lagi pada sem hadapan.... ttaaaataa

CERITA ORANG BUANG ANAK DAN DI BUANG ANAK.

Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun. 

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya. 
Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je. 
Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid...? 
Pak Majid:Hmmmmmmm... Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya...
Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya. 
Pak Majid: Hmmmm....Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu.. 
Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid! 
Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu....Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu! 


Baca selanjutnya: KahKahKah - Cerita Lawak - Kisah Buang Bayi