WAKTU DAN AKU
Assalamualaikum,
dah lama tidak menulis di ruang ini. Bukan waktu yang tidak cukup tapi ruang
yang ada digunakan untuk memenuhi ruang ini. Apa pun pada pagi jumaat nie, Alhamdulillah
aku diberi ruang dan ketenangan untuk berkongsi sesuatu dengan kamu semua yang
sudi memberi waktu membaca entri ini.
Pagi tadi masa naik dari jogging kat
bawah blok, aku terbaca satu artikal yang dikaitkan dengan ‘masa’. sedar tak
sedar kita dah hampir masuk minggu ke 6 (pelajar IPTA), jadi bagi pelajar di
UPM, minggu ke 5 dan ke 6 nie lah minggu kemuncak yang paling sibuk, sebab
minggu nie ade test, asgmnt pun dah ade yang nak kene hantar. Aku? Mmg lah
sibuk. Kepala nie berat fikir pasal test2 yang akan diambik. Bukan hanya fikir
soalan yang bakal dikeluarkan oleh pensyarah tapi result yang akan dapat jgk. Jadi
persediaan yang dibuat bgitu baik, semua bace. Belajar sampai lewat malam. Dalam
kepala otak ini fikir pasal test... test.... test jer.. tapi Alhamdulillah, aku
masih ade waktu untuk membaca surat cinta dari NYA selepas dating.....
Bila masuk dalam bilik,setelah bace
artikal tadi aku terfikir. Kita sentiasa melakukan persediaan untuk hadapi
peperiksaan, ujian, pertandingan dan sebagainya. Sampai sanggup abaikan rehat
semata-mata perkara itu. tapi sedar tak kita, setiap saat yang berlalu pergi
meninggalkan kita semakin hampir kita dengan KEMATIAN? Atau sebenarnya kita
sedar tapi kita lalai dalam melakukan persiapan menghadapi saat itu. saat yang
belum tentu bila akan tiba tetapi PASTI akan datang menemui kita. Dalam menghadapi
hari dan saat ini, cuba kita fikir, apa persediaan yang kita lakukan? Adakah terlalu
banyak, atau tidak ada lansung? Kalau itu, mmg kita seorng hamba yang lalai
dalam berjumpa dengan NYA.
Bila aku fikir2, renung2 balik. Aku adalah
hamba yang banyak dengan dosa, umpama pepasir dipantai tetapi tidak pernah
untuk menghapuskannya. Ya Allah bertapa gelapnya hati ini. Bertapa jahilnya
diri ini. Tapi sampai bila aku ingin terus bgini? Dunia hanya pinjaman
sementara. Kita ibarat musafir di dunia ini, tiba masanya kita akan pulang ke
tempat asal. Bermusafir di dunia ibarat mencari bekalan untuk dibina di sana. Apa
lah guna berharta tetapi, amal ibadat setipis kain kafan. Jadi kumpullah harta
di dunia untuk bekalan di sana nanti.
MATI ITU PASTI, jadi mulai saat dah
ketika ini, muhasabah lah diri. Renung-renungkan lah apa yang kita buat untuk
pulang ke sana. Adakah persediaan itu telah cukup. Apakah amal kita telah
cukup. Atau hanya dosa semalam kita akan bawal pulang kesana.
12/10/12 9;29 AM, JUMAAT ( HATI TENANG BILA INGIN ILAHI)
No comments:
Post a Comment