Dah lama arwah tidak datang dalam
mimpi ku. Rindu yang terpendam ibarat gunung berapi yang tinggal hanya untuk
meletup je. Semalam 27.11.2012 daLam lena itu, dia “muncul” seketika.
Kemunculannya ibarat ingin memadamkan rasa rindu di hati ini. Dia datang mendekatiku
dan melangkah semakin jauh... jauh... dan jauh.... sehinggalah aku tidak Nampak
bayangannya..... ingin saja tangan ini mencapai tangannya supaya tidak pergi
meninggalkan ku pada waktu itu. tapi itu semua mustahil belaka. Kerana mimpi
hanya lah mainan tidak pada ketikanya. Tapi mimpi semalam bagaikan arwah masih
di sisi ku. Wajahnya yang tenang memberi ku semangat untuk terus berjuang di
jalan NYA.... untuk terus mencari sinar bahagia di dunia ini dalam mencapai
bahagia di akhirat.
Hari
ini 28.11.2012 aku bangun dengan seribu persoalan. Dengan berjuta kerinduan.
Bukan sahaja pada arwah tetapi pada si hati ku yang banyak memberi semangat dan
dorongan kpd ku untuk aku terus berjuang di dunia ini. Untuk aku tidak lemah
dalam menghadapi segala masalah dan rintangan yg menghalang. Ingin saja kaki
ini melangkah ke tanah tumpah darahku untuk mendakap dan mencium pipi gebu si
hati ku...... kerana rindu ini padanya semakin membara biar pun hanya seminggu
berpisah dengannya.....
Abah
walaupun abah sudah tiada di sisi... tapi abah adalah segalanya bagi
kakak...... abah adalah hero yang terhebat di hati ini.... semoga abah lebih
aman di sana.... insyaallah, kita suatu masa nanti kita akan bersama.....
Mama,
kecekalan mu memberi aku lebih bersemangat untuk terus berjuang pada hari ini
biarpun mungkin hidup ini sudah tidak lama di dunia ini. Mungkin kakak lebih
awal pergi ke sana dri mama.... andai itu yg tersurat..... mama adalah ibu yang
terbaik. Tidak ada tandingan dlm hidup ini. Biar pun beban yang ditnggun
setinggi gunung Himalaya, tapi seyuman yang trukir di wajah mu ibarat masalah
sebesar zarah....

No comments:
Post a Comment