DIRI KU YANG TIADA KESEMPURNAAN
Di kehenigan pagi,
Hati terdetik untuk berbicara,
Berbicara tentang diri yang daif,
Yang hanya seorang hambaNYA.
Berdirinya aku setiap kali seruan memanggil,
Untuk menghadap Ilahi,
Di atas kitar sejadah lima waktu sehari semalam,
Tetapi,
Masih tidak melayakkan aku ,
Untuk ke syurgaNYA....
Puasanya aku, sebulan di bulan ramadhan
Menahan lapar,
Menanggung kepenatan,
Tetapi,
Masih tidak melayakkan aku
Untuk ke syurgaNya.
Pada ketikanya, sedekah dihulur,
Pada si miskin,
Pada si yatim,
Tetapi,
Masih tidak melayakkan aku
Untuk ke SyurgaNYA.
Menangis, aku menangis,
Bukan kerana terasa semuanya sia-sia,
Tetapi tangisan penyesalan,
Pada diri yang jahil.
Kerana
Solatku? Mungkin tidak sempurna..
Puasaku? mungkin tidak sempurna
Sedekah ku? Mungkin kah ada riak..
Ketika solat, terdetiknya soal dunia,
Fikiran melayang entah ke mana,
Aktiviti dunia difikirkan,
Terlupa akan rakaat.
Sepanjang hari berpuasa,
Diri hanya mampu menahan lapar dan dahaga,
Lidah tidak terjaga,
Mata memandang yang haram,
Telinga mendengar umpatan,
Hati tidak mampu berzikrullah.
Di saat tangan menghulurkan ,
bukan jumlah berjuta ringit,
tatapi mungkinkah riak ku setinggi gunung.
Hanya kerana itu,
Aku adalah hanbaNYA yang jahil,
Yang masih tidak layak menjejak syurgaNYA,
Hanya kerana diri yang tidak istiqamah.
0830 070613
Ruang privacy ku....
No comments:
Post a Comment