zauj ku......
assalamualaikum,
sahabat semua. Semoga semuanya sihat hendaknya dan seiring dengan amalan yang
sentiasa meningkat. Entri kali nie saya nak share pasal JODOH... jeng3....
macam best an kalau cakap pasal jodoh. Sebab kalau saya nga roommate n cosmate sembang
sal jodoh nieh, 7 hari 7 malam pun xpe..... sebab macam2 crita yang keluar.
Kalau boleh nak jodoh yang macam nie lah mcam nie lah... macam2 lah. Tapi
sebenarnya, jodoh kita dah ditentukan oleh NYA. Sejak kita dalam kandungan mak
kita lagi. Ermhh, kalau nak tengok jodoh kita tuh macam mana, mari kita tengok
bagaimana diri kita dulu. Andai kita nieh seorang yang baik, solat xtinggal,
sopan santun, jaga maruah diri, dan tidak lalai dengan keasyikan dunia begitu
lah dengan jodoh kita. Tapi kalau kita nieh seorang yang kurang baik akhlaknya,
begitu lah jodoh kita. Apa yang kita buat hari ini dan itu lah juga yang dia
buat. Jadi kalau kita nak jodoh yang baik2, jadi lah orang baik. Jika dulu,
kita jahat, berubah lah.. bukan kerana jodoh, tapi kerana NYA sebab kita nak
bersama jodoh kita tuh bukan hanya di dunia tapi di jannahtul firdaus. Sebab tu
lah orang kata, perempuan yang baik untuk laki yang baik dan sebaliknya..
Semakin
meningkat dewasa nie, dah ramai kawan2 yang dah kawin kan. Yang dah ada anak
pun ada. Alhamdulillah. Tapi kadang2 rasa cemburu tu ada. Cepat nya mereka
berjumpa jodoh mereka dan disatu kan dengan ikatan yang sah. Tapi kita masih
terkial2 mencari di mana jodoh kitakan. Xpe, sabar. Dia lebih tahu tahap
persedian kita yang sebenarnya. Mungkin kita belum bersedia lagi sebab tuh dia
xtemukan lagi kita dengan jodoh kita tuh. Bila tiba masanya, insyaallah kita
akan berjumpa jua akhirnya. Mari2 lah kita sama2 berdoa supaya kita dijodohkan
dengan insan yang sentiasa mencari redha dan cinta NYA. Jum kita amalkan doa
nie..
Kita
berdoalah kerana sebagai perempuan, hanya itu yang mampu kita lakukan... moga2
kita dapat yang terbaik untuk dunia dan akhirat dan sentiasa bahagia. Tapi
sebenarnya, ada juga sesetengah tuh jodoh mereka dengan kematian... hh, mesti
tertanya2 an jodoh dengan kematian. Sebenarnya jodoh tu, dah bertemu ilahi
terlebih dahulu sebelum bertemu kita. Mungkin dia dan kita akan bertemu di
sana. Itu sudah pasti. Jadi, mari lah kita sama-sama doakan kebaikan untuk
jodoh kita dalam solat kita semoga dia sentiasa di bawah rahmatNYA.
Ermhh.
Saya rasa setakat tu je lah saya mampu share untuk entri kali ini sebab nak g
makan jap. Cian rumate tuh, dah lapar agaknya, lagipun kul 2.30pm jap lagi saya
ada final semantik... hehehhe J... nieh ambik mood nak jawab semantik. K lah, insyaallah
jumpa lagi di entri yang akan datang. assalamualaikum.
11.31
a.m 050113


No comments:
Post a Comment